Wednesday, May 11, 2011

Manager loses RM4,200 with just one mouse click

KUALA LUMPUR: Accounts manager Chua Ming Choo opened a message in her e-mail informing her that there was some irregular activity occurring in her account.
The e-mail told her to click a link to her bank’s website to update her particulars for safer online banking.
Less than five minutes later, the simple mouse click cost her RM4,200.
Chua, 35, from Port Dickson, said she received the e-mail last Thursday.
Missing money: Wen Shan (left) and Chua (right) showing their police reports to MCA’s Chong (second from right) and Negri Sembilan councillor Datuk Dr King Lim yesterday.
She added that about two minutes after she clicked on the bank’s website, she received an SMS requesting a Transaction Authorisation Code (TAC) number.
Chua realised that something could have happened to her account and she called her bank to inform them about it.
“They told me they would block my account and I was told to change my e-pin number,” she told a press conference at the MCA Public Services and Comp­laints Department here yesterday.
Chua said she then went to the nearest ATM to check her account and discovered the money missing even though she did not key in her TAC number on the website.
She lodged a police report on the same day.
Another victim, Chong Wen Shan, 24, from Teluk Intan, Perak, said he received an e-mail on May 1 informing him that his online services account was about to expire due to a database update on the bank’s system.
Chong said he was asked to update his particulars and being new to e-banking, he thought it was a normal procedure and clicked on the link.
He also keyed in his TAC number when asked and discovered that RM5,000 had gone missing from his account a few hours later.
Department head Datuk Michael Chong said the two cases were the first that he had received so far this year.
He asked Bank Negara and banks to be on alert for such scams.
“I do not rule out an inside job. Otherwise, how do these criminals know our personal details?” he added.

Tuesday, May 3, 2011

BEBASKAN DIRI DARI HUTANG




SYAIFUL AZLAN SURAZI merupakan salah seorang pengguna kad kredit yang bebas daripada belenggu hutang selepas mendapat khidmat AKPK.



PINJAMAN peribadi dan kad kredit begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini. Amalan mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyi hutang mungkin tidak sedap didengar.
Tidak bijak menguruskan kewangan dengan meminjam dan menggunakan kad kredit yang melebihi kemampuan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis.
Menurut Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus menjadi satu budaya.
Katanya, rakyat negara ini perlu diberi kesedaran dan kemahiran mengurus kewangan termasuk hutang. Tambahan sekarang, institusi kewangan itu sendiri menggalakkan orang berhutang termasuk memberi kemudahan kad kredit.
“Ada institusi kewangan yang begitu mudah menawarkan pinjaman kepada pemegang akaun mereka walaupun tidak diminta. Bagi yang mudah terpengaruh, akan menerima tawaran tersebut dan akhirnya terjebak dengan hutang yang tidak berkesudahan,” tegas Mohd. Yusof.
Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memantau kegiatan institusi kewangan seperti itu kerana ia adalah amalan yang tidak sihat lantaran secara terang-terangan menggalakkan orang berhutang.
Pada masa yang sama kerajaan dilihat turut tegas mengambil langkah memerangi kegiatan ah long atau ceti haram kerana ia adalah antara punca mudah berhutang.
Mohd. Yusof lalu merujuk kepada satu kenyataan BNM apabila sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah mencecah sebanyak RM577 bilion.
Daripada jumlah tersebut, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pula pinjaman perumahan.
Risiko muflis
Risiko diisytihar muflis atau bankrap. Ini yang perlu difikirkan oleh mereka yang begitu mudah mengambil pinjaman peribadi dengan institusi kewangan.
Sekiranya orang yang berhutang gagal menjelaskan ansuran pinjaman tersebut dua kali berturut-turut, institusi kewangan menghantar notis kepada si berhutang, katanya.
Tambahnya, jika jumlahnya melebihi RM30,000, institusi kewangan boleh mengambil tindakan untuk mengisytiharkan seseorang itu sebagai muflis!
Beliau merujuk kepada statistik kes muflis Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005 hingga Mei 2010 di mana seramai 80,348 orang disenarai muflis.
Sebab muflis
Sebab-sebab kebankrapan yang disenarai adalah hutang cukai pendapatan, hutang kad kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial, biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain.
Statistik daripada sumber yang sama menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah keberhutangan yang lain (29.05 peratus), diikuti sewa beli kenderaan (24.12 peratus), hutang pinjaman perniagaan (10.93 peratus), pinjaman perumahan (7.49 peratus) dan hutang kad kredit (5.50 peratus).
Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan paling ramai muflis ialah Melayu 39.76 peratus diikuti Cina 33.36 peratus, India 9.53 peratus sementara lain-lain 17.34 peratus.
Memang pantau


KEGAGALAN melunaskan hutang ah long mengancam keamanan hidup dan keselamatan nyawa seseorang peminjam.



Menurut Mohd. Yusof, FOMCA memang dari semasa ke semasa memantau sikap suka berhutang dan ia merangkumi semua peringkat masyarakat dan kaum. Pemantauan itu dilaksanakan susulan daripada program pengurusan kewangan dengan BNM oleh Fomca, yang bermula Jun 2010 hingga April ini.
“Data berkaitan kadar pinjaman dan hutang rakyat Malaysia digunakan semasa program pengurusan kewangan untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang tabiat buruk berhutang. Selain itu, FOMCA dengan kerjasama Bank Negara sedang menerbitkan buletin Ringgit secara bulanan.
“Buletin ini memuatkan rencana mengenai pengurusan kewangan peribadi,” tambah Mohd Yusof.
Mohd. Yusof berkata, memang ada agensi dan badan bukan kerajaan mengadakan program pengurusan kewangan bagi golongan muda dan dewasa.
Pihak berkenaan termasuk Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Suruhanjaya Sekuriti melalui Securities Industry Development Corporation dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Bagi mengelakkan pertindanan dari segi sasaran program dan bagi menyelaraskan program pengurusan kewangan, FOMCA menurut Mohd. Yusof, telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Kewangan Kebangsaan (SPKK).
Suruhanjaya tersebut, katanya perlu memberi tumpuan kepada empat fungsi utama iaitu membina kesedaran awam terharap sumber sedia ada, membangunkan strategi penyebaran maklumat dan mengikut golongan sasar.
Tidak ketinggalan SPKK perlu mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta serta akhir sekali melakukan kajian dan penilaian terhadap program pendidikan kewangan.
SPKK juga perlu mengkoordinasi semua program pendidikan pengurusan kewangan semua agensi untuk meminimumkan sebarang pertindanan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.
Di samping itu, ia juga perlu membangunkan satu strategi nasional untuk mempromosi pendidikan pengurusan kewangan untuk semua rakyat Malaysia dan membangunkan satu laman web pendidikan peringkat kebangsaan untuk membekal maklumat tentang pendidikan pengurusan kewangan.
“Ia juga perlu mewujudkan satu talian tol bebas untuk orang ramai mendapatkan bahan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan kewangan,” kata Mohd. Yusof.
Dari segi mengurus hutang, beliau berkata ia mesti dikendalikan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Beliau menambah pengguna juga hendaklah dimaklumkan tentang semua caj dan sebarang caj yang melibatkan pengguna sebelum caj tersebut dikenakan.
“Dalam semua hal, pengguna perlu dilindungi oleh Bank Negara dan semua kontrak hendaklah ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami,” katanya.
Pada masa yang sama, Mohd. Yusof berkata, masyarakat juga perlu diberi pendedahan tentang beberapa instrumen simpanan dan pelaburan yang ada untuk keperluan masa depan termasuk untuk kecemasan.
Pakej simpanan yang perlu diberi pendedahan ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, insurans hayat/takaful (termasuk yang menyediakan pakej simpanan) serta amanah saham.
Beliau turut menyarankan supaya pelaburan terhadap emas perlu diberi pertimbangan memandangkan pada masa ini harga emas semakin meningkat, selain nilainya yang stabil. – Bernama

Saturday, March 19, 2011

Menabung awal untuk masa depan

KES
Saya (Arianna Dya) berusia 24 tahun dan baru bekerja dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,500 sebulan tanpa sebarang komitmen hutang. Dengan gaji sebanyak itu, saya membelanjakan sebahagian besar wang gaji untuk membeli pakaian, makan di luar dan berhibur. Bagaimanakah dengan pendapatan sebanyak itu saya masih boleh membuat simpanan untuk masa depan tetapi pada masa sama masih boleh meneruskan gaya hidup semasa?


Jawapan
Saya akui individu yang berusia 20an mempunyai bajet yang cukup ketat dan sukar untuk memiliki lebihan pendapatan. Katakanlah siapa dalam lingkungan usia ini tidak suka membelanjakan wang untuk fesyen, hiburan dan gajet terkini? Kebanyakan tidak mempunyai simpanan atau perancangan kewangan kerana ia dianggap ketinggalan dengan tanggapan amalan itu hanya untuk golongan dewasa. Bagi golongan yang berusia 20an, aset yang paling penting bukan wang sebaliknya adalah masa. Tetapi tahukah anda setiap ringgit yang disimpan dalam usia 20an bernilai 10 kali ganda berbanding jika disimpan pada umur 40 tahun. Lantaran itu, usia 20an dan 30an sebenarnya adalah masa terbaik untuk menyimpan bagi masa depan, sama ada bagi diri sendiri atau pendidikan anak-anak atau ketika persaraan. Hakikatnya, mereka yang mula membuat simpanan untuk persaraan ketika berumur 20an akan mendapat banyak kelebihan meskipun dalam jumlah yang sedikit, selagi mereka membuat pelaburan berkala.
Contohnya: Individu yang menyimpan sebanyak RM4,000 setahun untuk persaraan sejak berumur 22 tahun akan memiliki RM1 juta pada usia 62 tahun, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak lapan peratus setahun. Sekiranya anda tidak pernah membuat simpanan dalam masa 10 tahun, anda perlu menyimpan sekali ganda kira-kira RM8,800 setahun, untuk memastikan mendapat jumlah yang sama semasa bersara nanti.
Malangnya, tidak ramai pekerja muda melepaskan peluang untuk membuat simpanan bagi persediaan persaraan awal dengan harapan faedah mampu memberi magis dan memaksimumkan simpanan. Dalam perkara ini sukar untuk menyalahkan sesiapa. Umpamanya dalam kes Arianna, beliau mempunyai minat untuk mengetahui bagaimana yang perlu dilakukan untuk simpanan jangka panjang. Kebanyakan golongan muda seperti beliau yang mendapati sukar merancang kewangan tanpa panduan mengenai wang dan cara menguruskannya. Kecuali terdapat kelas mandatori di peringkat sekolah menengah dan universiti untuk menyediakan pelajar mengenai kewangan peribadi! Di bawah ini adalah disertakan beberapa panduan bagi Arianna dan golongan yang berusia 20an untuk merancang kewangan.


1. Menyimpan selalu, kerap menyimpan.
Tahukah anda ada satu konsep lama yang perlu diketahui mengenai simpanan iaitu membayar kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kerajaan amat memahami mengenai konsep tersebut, sebab itu kerajaan akan memotong pelbagai cukai sebelum pendapatan diserahkan kepada anda. Konsep ini boleh digunakan dalam bentuk simpanan bagi untuk manfaat diri sendiri. Tidak dinafikan kebanyakan orang akan berbelanja dahulu pendapatan, kemudian lebihan digunakan untuk simpanan. Tetapi pada realitinya, selalunya kita akan berbelanja sebanyak mungkin berbanding menyimpannya. Seharusnya kita perlu 'membayar kepada diri sendiri' - menyimpan peratusan tertentu untuk simpanan sebelum menggunakan wang anda untuk tujuan lain. Percayalah sekiranya konsep 'membayar untuk diri sendiri' dijadikan amalan, anda tidak akan terlupa untuk menyimpan.
Selain itu, menyimpan wang dalam akaun berbeza juga merupakan idea yang baik kerana ia mengekang untuk kita berbelanja lebih. Sebenarnya tiada satu masa yang boleh dianggap terbaik untuk membuat simpanan, jadi belajar untuk 'membayar kepada diri sendiri'.

2. Berbelanja mengikut kemampuan.
Adakah anda akan menerima gaji untuk kali pertama? Terasa sudah berkemampuan untuk membeli? Kebanyakan golongan muda berbelanja lebih daripada pendapatan. Mereka mahu menggunakan wang untuk membeli kereta, pakaian, makan di luar dan terperangkap dalam kehendak kehidupan. Memenuhi kehendak dalam perbelanjaan akan memberi tekanan kepada kewangan anda. Anda perlu belajar untuk membezakan keperluan daripada kehendak anda. Contohnya pinjaman rumah, bil elektrik dan makanan. Adakah anda perlu menikmati kopi berharga RM15 secawan, telefon baru serta membuat rawatan kuku? Bukan anda mampu menjalani kehidupan tanpa semua itu? Sebenarnya, Sarah, tidak ada penyelesaian mudah bagi menyeimbangkan jaminan kewangan masa depan dan menikmati gaya hidup semasa.
Beberapa disiplin fiskal mungkin diperlukan dan anda akan mendapati ia berbaloi untuk masa depan. Sekiranya anda menyukai sesuatu, paksa diri anda untuk menangguh memilikinya dalam masa dua minggu sebelum terus membelinya. Ini kerana selepas tempoh itu anda akan mendapati anda sebenarnya tidak memerlukannya. Cara lain ialah membelinya secara tunai supaya dapat merasai berbelanja sebenar.


3. Elak daripada terjerumus dalam hutang.
Anda perlu mengelakkan diri daripada membuat hutang yang tinggi. Ia sama seperti meletakkan perbelanjaan sebagai keutamaan, kuasa berbelanja boleh meningkatkan hutang. Oleh itu, membayar kad kredit perlu diletakkan sebagai keutamaan. Syabas kepada Arianna kerana ia tidak memiliki kad kredit. Sekiranya anda mempunyai hutang kredit kad yang tertangguh, elak membuat bayaran minimum. Ia kerana jika anda terikat dengan amalan itu, anda sebenarnya akan menanggung hutang dalam jangka panjang. Mempunyai hutang yang banyak pada usia muda merupakan satu kesilapan besar bagi golongan berumur 20an. Jangan kerana anda layak untuk mendapat pinjaman yang besar, bermakna anda menggunakan seluruh kapasiti untuk membuat hutang. Perlu diingatkan sekiranya anda tersalah membuat keputusan - anda akan menghabiskan usia muda anda dengan membayar hutang. Dalam usia 20an anda perlu mempunyai sejarah kredit yang baik untuk digunakan pada masa depan.
Selain itu, saya turut menasihatkan golongan muda supaya menghindarkan diri daripada terjebak sebagai penjamin. Anda hanya boleh lakukan sekiranya cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk akan berlaku. Kalau tidak bersedia, jangan sesekali melakukannya!. Yang penting hindarkan diri daripada menjadi 'perangkap wang' yang kerapkali menjadikan golongan muda sebagai mangsa. Sebaliknya dalam usia 20an, anda memiliki banyak peluang untuk menyimpan kerana belum mempunyai tanggungjawab besar dalam kewangan, berbanding ketika usia 30an dan 40an. Ini kerana, pada usia itu anda perlu membayar rumah dan menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Dengan memiliki asas simpanan kukuh yang dibuat pada usia 20an, anda akan melalui kehidupan dengan penuh keyakinan.

Friday, March 18, 2011

Paras pendapatan mohon kad kredit naik

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula syarat kelayakan pendapatan minimum bagi memohon kad kredit kepada RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun berkuat kuasa serta-merta.
Bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh RM36,000 setahun atau kurang, mereka akan boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja, kata Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus pada taklimat media di sini hari ini.
"Bagi pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad, mereka diberikan tempoh sehingga 31 Disember, 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing," kata beliau.
Pada masa ini, 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit mempunyai pendapatan di bawah RM36,000.
Nor Shamsiah berkata, pemegang kad juga diberikan sekurang-kurangnya dua tahun bagi menyelesaikan baki tertunggak mereka untuk kad-kad yang dibatalkan bagi tujuan memenuhi keperluan itu.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad. – Bernama

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, March 15, 2011

Padah perniagaan skim kutu - denda 100 kali



PENGANJUR skim kutu semakin galak mengumpul dana termasuk menggunakan saluran Internet. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Denda sehingga RM500,000, iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu apabila pindaan pada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 diluluskan kelak.
Cadangan memperuntukkan kenaikan denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM500,000 itu antara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan menaikkan tempoh penjara maksimum daripada tiga tahun kepada 10 tahun bagi kesalahan sama.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan skim wang kutu.
"Kita harap bacaan kali kedua dapat dilakukan dalam sidang ini sebelum dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan dan diwartakan pertengahan tahun ini,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Bank Islam


Bank Islam telah muncul sebagai institusi kewangan berasaskan Syariah yang pertama di Malaysia apabila ia memulakan operasinya pada bulan Julai 1983. Sejak itu, Bank Islam telah menjadi simbol perbankan Islam di Malaysia. Wawasannya untuk menjadi “pemimpin global dalam perbankan Islam” menjadi bukti statusnya sebagai perintis industri perkhidmatan kewangan Islam negara yang unggul.
Bank Islam bermula dengan modal berbayar berjumlah hanya RM80 juta. Jumlah itu kini telah melonjak kepada RM1.73 bilion menjelang Jun 2009, satu perkembangan penting yang telah membolehkannya memperkembangkan aset dan melaksanakan program pengembangan dengan lancar.
Lebih 50 produk dan perkhidmatan perbankan Islam komprehensif yang inovatif dan sofistikated diperagakan oleh Bank Islam melalui rangkaian saluran penyampaian di 112 cawangan dan lebih daripada 800 terminal layan-diri di seluruh negara, tidak kurang hebatnya berbanding rakan perbankan konvensionalnya yang lain.
Daripada produk jenis pembiayaan, simpanan dan pelaburan yang diwujudkan secara eksklusif untuk pelanggan individu semasa awal penubuhannya, keragaman produk kewangan, perkhidmatan dan rumusan perniagaan berasaskan Syariah Bank Islam telah berkembang dengan pesat untuk memenuhi keperluan semua kategori pelanggan yang sentiasa berubah termasuk yang berkaitan dengan pembiayaan mikro, pengurusan kekayaan, pasaran modal, perbendaharaan dan produk berstruktur.
Sebagai perintis, Bank Islam memainkan peranan utama dalam mempromosikan jenama kewangan Islam Malaysia di pasaran luar negara, terutamanya di rantau ini. Ianya telah membantu membangunkan Bank Islam menjadi jenama yang mantap dan diiktiraf di seluruh dunia. Dengan meningkatnya bilangan perkhidmatan kewangan setempat dan global, Bank Islam semakin menyedari betapa pentingnya peranan perintis yang ia perlu terus mainkan.
Sebagai mengiktiraf peranan perintis ini, Bank Islam telah diberi penghormatan dengan Anugerah Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam. Dengan kepercayaan yang diamanahkan ini, Bank Islam terus mengorak langkah maju ke arah mencapai status “pemimpin global dalam perbankan Islam”, dengan berpandukan usaha cemerlang para pemimpin perintis terdahulu, wawasan Malaysia untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, kejayaan usaha memulihkan prestasi Bank serta cabaran yang diberi oleh para pesaing.
Untuk sebarang maklumat mengenai Bank Islam, sila lihat lampiran.
Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900 untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam.

penipuan bio xxxx dibongkar?

Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio xxxx Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)  

Facebooking : e_belang@yahoo.com 
Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang. 

 * PENGAKUAN BEKAS DSM Hxxx MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio xxxx made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hxxxx ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio xxxx kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hxxx yang punya. Tak percaya ? Ingat Hxxxx ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hxxxx dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hxxxx 2009

Sunday, March 13, 2011

CIMB Bank Terbaik Malaysia 2010 - The Banker

Pengurus Besar CIMB Bhd. cawangan London, Asaraf Aboo Bakar (tengah) yang menerima Anugerah Bank Terbaik Malaysia bergambar bersama Brian Caplen (kiri) dan wartawan BBC, Michael Buer


KUALA LUMPUR 7 Dis. - CIMB Bank dinobatkan buat kali ketiga sebagai Bank Terbaik Malaysia 2010, kata majalah The Banker.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, CIMB berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut buat kali ketiga selepas melaksanakan transformasi pada 2005.
''Kejayaan tersebut adalah bukti dedikasi dan kerja keras kakitangan serta strategi yang telah dilaksanakan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Brian Caplen, Editor The Banker berkata, CIMB memang layak untuk memenangi anugerah itu kerana prestasi kewangannya yang mengagumkan, seiring dengan inisiatif-inisiatif dalam pembangunan bakat dan produk.
Tambahnya, CIMB memperoleh perkongsian keuntungan dalam pasaran borong dan pelanggan dan pada kedudukan terbaik untuk meneroka perniagaan baru di Malaysia dan ASEAN.
Sejak melaksanakan transformasi, CIMB telah melakukan progres yang signifikan dalam peruncitan, deposit, gadai janji, kad kredit, pembiayaan kewangan dan perbankan elektronik.
Sejajar dengan strategi serantaunya, CIMB telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan merentas sempadan seperti pengeluaran mata wang asing ATM, pengiktirafan dua hala bagi ahli-ahli pilihan dan kad ahli istimewa merentasi pasaran utamanya iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
''Pada 2010, CIMB telah berjaya memperoleh kedudukan nilai dan menerima maklum balas kukuh daripada pelanggan di Malaysia dan di luar negara.
''Kini CIMB merancang untuk meningkatkan perniagaan perbankan pelanggan dengan melakukan pelaburan dalam teknologi maklumat,'' ujar Nazir.

www.utusan.com.my



Guna Kad Kredit Dengan Bijak

collection of:http://kelabkewangan-jms.blogspot.com/


      “Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!  
       Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.     
Fakta Kad Kredit
Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya.    
Perangkap Belanja
Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah
Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh  kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.
        Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.
      Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan? 
Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit
Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.  Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan. 
Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi.   Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).
       Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal. 
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
       Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.   
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
       Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
·         Ingat, kad kredit bukan wang percuma
·         Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
·         Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
·         Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
·         Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
·         Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.

Merancang Kewangan Keluarga



"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."

collection of:http://kelabkewangan-jms.blogspot.com/
IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.
Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.
Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.
"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.
"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.
Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.
Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.
"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.
"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.
Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.
Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.
Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.
Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"
Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.
"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.
"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.

www.kosmo.my
koleksi: http://kelabkewangan-jms.blogspot.com/