Tuesday, March 15, 2011

Bank Islam


Bank Islam telah muncul sebagai institusi kewangan berasaskan Syariah yang pertama di Malaysia apabila ia memulakan operasinya pada bulan Julai 1983. Sejak itu, Bank Islam telah menjadi simbol perbankan Islam di Malaysia. Wawasannya untuk menjadi “pemimpin global dalam perbankan Islam” menjadi bukti statusnya sebagai perintis industri perkhidmatan kewangan Islam negara yang unggul.
Bank Islam bermula dengan modal berbayar berjumlah hanya RM80 juta. Jumlah itu kini telah melonjak kepada RM1.73 bilion menjelang Jun 2009, satu perkembangan penting yang telah membolehkannya memperkembangkan aset dan melaksanakan program pengembangan dengan lancar.
Lebih 50 produk dan perkhidmatan perbankan Islam komprehensif yang inovatif dan sofistikated diperagakan oleh Bank Islam melalui rangkaian saluran penyampaian di 112 cawangan dan lebih daripada 800 terminal layan-diri di seluruh negara, tidak kurang hebatnya berbanding rakan perbankan konvensionalnya yang lain.
Daripada produk jenis pembiayaan, simpanan dan pelaburan yang diwujudkan secara eksklusif untuk pelanggan individu semasa awal penubuhannya, keragaman produk kewangan, perkhidmatan dan rumusan perniagaan berasaskan Syariah Bank Islam telah berkembang dengan pesat untuk memenuhi keperluan semua kategori pelanggan yang sentiasa berubah termasuk yang berkaitan dengan pembiayaan mikro, pengurusan kekayaan, pasaran modal, perbendaharaan dan produk berstruktur.
Sebagai perintis, Bank Islam memainkan peranan utama dalam mempromosikan jenama kewangan Islam Malaysia di pasaran luar negara, terutamanya di rantau ini. Ianya telah membantu membangunkan Bank Islam menjadi jenama yang mantap dan diiktiraf di seluruh dunia. Dengan meningkatnya bilangan perkhidmatan kewangan setempat dan global, Bank Islam semakin menyedari betapa pentingnya peranan perintis yang ia perlu terus mainkan.
Sebagai mengiktiraf peranan perintis ini, Bank Islam telah diberi penghormatan dengan Anugerah Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam. Dengan kepercayaan yang diamanahkan ini, Bank Islam terus mengorak langkah maju ke arah mencapai status “pemimpin global dalam perbankan Islam”, dengan berpandukan usaha cemerlang para pemimpin perintis terdahulu, wawasan Malaysia untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, kejayaan usaha memulihkan prestasi Bank serta cabaran yang diberi oleh para pesaing.
Untuk sebarang maklumat mengenai Bank Islam, sila lihat lampiran.
Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900 untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam.

No comments:

Post a Comment