Tuesday, March 15, 2011

Padah perniagaan skim kutu - denda 100 kali



PENGANJUR skim kutu semakin galak mengumpul dana termasuk menggunakan saluran Internet. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Denda sehingga RM500,000, iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu apabila pindaan pada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 diluluskan kelak.
Cadangan memperuntukkan kenaikan denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM500,000 itu antara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan menaikkan tempoh penjara maksimum daripada tiga tahun kepada 10 tahun bagi kesalahan sama.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan skim wang kutu.
"Kita harap bacaan kali kedua dapat dilakukan dalam sidang ini sebelum dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan dan diwartakan pertengahan tahun ini,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment