Sunday, March 13, 2011

CIMB Bank Terbaik Malaysia 2010 - The Banker

Pengurus Besar CIMB Bhd. cawangan London, Asaraf Aboo Bakar (tengah) yang menerima Anugerah Bank Terbaik Malaysia bergambar bersama Brian Caplen (kiri) dan wartawan BBC, Michael Buer


KUALA LUMPUR 7 Dis. - CIMB Bank dinobatkan buat kali ketiga sebagai Bank Terbaik Malaysia 2010, kata majalah The Banker.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, CIMB berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut buat kali ketiga selepas melaksanakan transformasi pada 2005.
''Kejayaan tersebut adalah bukti dedikasi dan kerja keras kakitangan serta strategi yang telah dilaksanakan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Brian Caplen, Editor The Banker berkata, CIMB memang layak untuk memenangi anugerah itu kerana prestasi kewangannya yang mengagumkan, seiring dengan inisiatif-inisiatif dalam pembangunan bakat dan produk.
Tambahnya, CIMB memperoleh perkongsian keuntungan dalam pasaran borong dan pelanggan dan pada kedudukan terbaik untuk meneroka perniagaan baru di Malaysia dan ASEAN.
Sejak melaksanakan transformasi, CIMB telah melakukan progres yang signifikan dalam peruncitan, deposit, gadai janji, kad kredit, pembiayaan kewangan dan perbankan elektronik.
Sejajar dengan strategi serantaunya, CIMB telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan merentas sempadan seperti pengeluaran mata wang asing ATM, pengiktirafan dua hala bagi ahli-ahli pilihan dan kad ahli istimewa merentasi pasaran utamanya iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
''Pada 2010, CIMB telah berjaya memperoleh kedudukan nilai dan menerima maklum balas kukuh daripada pelanggan di Malaysia dan di luar negara.
''Kini CIMB merancang untuk meningkatkan perniagaan perbankan pelanggan dengan melakukan pelaburan dalam teknologi maklumat,'' ujar Nazir.

www.utusan.com.my



No comments:

Post a Comment